2 terbunuh, beberapa cedera dalam tembakan di Oslo


Anggota polis mengawal tempat kejadian selepas laporan beberapa tembakan dilepaskan di luar pub London di tengah Oslo, Norway. – Gambar EPA, 25 Jun, 2022.

DUA orang terbunuh dan beberapa lagi cedera parah dalam satu kejadian tembakan di Oslo, kata polis Norway hari ini.

Seorang suspek ditahan, kata polis di Twitter selepas melaporkan kejadian tembakan di sebuah kelab malam.

Insiden itu berlaku berhampiran London Pub di tengah ibu negara Norway, menurut laporan media.

“Dua orang disahkan maut selepas tembakan, Terdapat beberapa orang berdepan kecederaan serius.

“Secara keseluruhan seramai 10 orang sedang menerima rawatan daripada pasukan kesihatan. Tiga orang cedera parah,” kata Ketua Operasi Polis Tore Barstad.

Hospital Universiti Oslo merawat enam orang yang cedera yang mana keadaan mereka masih belum diketahui, kata jurucakap hospital kepada TV2.

NRK melaporkan terdapat tiga lokasi jenayah tetapi tidak jelas sama ada ia adalah tiga lokasi berbeza. – AFP, 25 Jun, 2022.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen