Pengalaman pahit Loh angkat isu tukar agama secara sepihak di Malaysia


Bercakap kepada AFP Loh Siew Hong berkata kehidupannya kacau bilau selepas suami yang menderanya membawa lari tiga anaknya selain menukar agama mereka kepada Islam tanpa pengetahuannya. – Gambar Facebook, 26 Julai, 2022.

LOH Siew Hong mendakwa belia teruk didera suaminya, dengan memukulnya kepala sehingga ada ketikanya patah buku lali, sebelum melarikan dan mengislamkan tiga anak mereka.

Selepas mengangkat isu ini di mahkamah, Loh akhirnya disatukan semula dengan dua anak perempuan kembarnya berusia 14 tahun dan anak lelaki berusia 11 tahun pada Februari apabila mahkamah memihak kepadanya.

Namun apa yang berlaku baginya masih satu ujian yang berat.

“Ia satu seksaan bagi saya,” kata Loh, 35, kepada AFP mengenai tempoh yang lama berpisah dengan anak-anaknya.

“Saya pernah tertanya-tanya sama ada anak-anak saya cukup makan dan cukup tidur. Saya pernah bimbang sama ada bekas suami saya memukul dan menyeksa mereka seperti yang dia buat kepada saya.”

Ia adalah kes terbaharu di Malaysia yang dipanggil “masuk Islam secara sepihak” di mana salah seorang ibu bapa menukar agama anak tanpa kebenaran seorang lagi.

Isu itu telah menjadi satu lagi medan pertempuran antara kumpulan Islamis dan mereka memperjuangkan hak minoriti.

Melayu Islam membentuk lebih daripada 60 peratus penduduk, manakala satu perempat adalah etnik Cina. Terdapat minoriti etnik India dan pelbagai kumpulan peribumi yang besar.

Walaupun masyarakat kebanyakannya hidup harmoni, pengkritik berkata sejak berdekad-dekad dasar yang memihak kepada orang Melayu telah merenggangkan hubungan, dengan versi Islam yang secara tradisinya sederhana sudah bertukar kepada radikalisasi. – AFP, 26 Julai, 2022.

Berita penuh di sini.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen