TOKYO berjaya menjadi tuan rumah Kejohanan Olahraga Dunia 2025 selepas menewaskan tiga pencabar lain – Kenya, Poland, dan Singapura.
World Athletics, badan induk dunia sukan itu, dalam satu kenyataan pada Khamis memaklumkan Tokyo, yang pernah menjadi tuan rumah edisi 1991, memperoleh markah tertinggi berbanding empat calon lain, lapor Xinhua.
“Jepun merupakan calon terbaik untuk menjadi tuan rumah Kejohanan Olahraga Dunia 2025, dan menawarkan tawaran yang menarik,” kata Presiden Olahraga Sedunia Sebastian Coe.
Kejohanan Olahraga Dunia ke-18 bakal bermula di Eugene, Oregon pada Jumaat, manakala Budapest di Hungary akan menjadi tuan rumah kejohanan itu pada 2023.
Selain itu Majlis Olahraga Dunia turut memilih tuan rumah untuk dua edisi kejohanan merentas desa dunia yang akan diadakan di Croatia (2024) dan Amerika Syarikat (2026). – Bernama, 15 Julai, 2022.
Komen