Lelaki mengamuk di Tokyo, 15 penumpang kereta api cedera


Kakitangan kecemasan dan kenderaan bomba dilihat bersebelahan Stesen Kokuryo di pinggir bandar Tokyo, Jepun, berikutan amukan seorang lelaki bersenjata pisau yang mencederakan 15 orang. – Gambar EPA, 31 Oktober, 2021.

SERAMAI 15 penumpang kereta api Keio Line cedera selepas seorang lelaki bersenjatakan pisau mengamuk, lapor Agensi Berita Xinhua memetik Kyodo News .

Kejadian berlaku pada Ahad malam, seorang daripada mangsa dilaporkan mengalami kecederaan serius.  Lelaki berusia lingkungan 20-an itu berjaya ditahan. 

Suspek juga dilaporkan telah menyimbah asid hidroklorik di dalam gerebak kereta api berkenaan dan polis sedang menjalankan siasatan lanjut. – Bernama, 31 Oktober, 2021.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen