GEMPA bumi bermagnitud 6.1 pada skala Ritcher menggegarkan bandar Tokyo semalam, namun tiada ancaman tsunami dikeluarkan, menurut Agensi Meteorologi Jepun (JMA).
JMA berkata gempa berlaku pada pukul 10.41 malam waktu tempatan pada kedalaman 80km.
Media tempatan melaporkan lebih 20 orang cedera.
Gegaran antara yang terkuat melanda Tokyo sejak gempa sekuat 9.0 magnitud sehingga mencetus tsunami pada 2011, yang meragut ribuan nyawa.
Minggu lalu, gempa bumi juga bermagnitud 6.1 melanda pantai barat laut Jepun, namun tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Jepun terletak dalam ‘Lingkaran Api Pasifik’, iaitu lengkuk yang menyaksikan aktiviti gempa bumi yang meluas di Asia Tenggara dan Pasifik. – AFP, 8 Oktober, 2021.
Komen