Itu kasut kurniaan Sultan Johor, kata Onn Hafiz


Hantaran yang dimuatnaik Onn Hafiz hari ini menafikan dakwaan yang dilaporkan. – Gambar Facebook, 11 Julai, 2022.

MENTERI Besar Johor Onn Hafiz Ghazi hari ini menafikan beliau membeli sepasang kasut yang berharga puluhan ribu ringgit.

Menerusi hantaran di Facebook beliau berkata kasut itu adalah kurniaan Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar.

“Fitnah dan tohmahan perlu dihentikan. Untuk rekod, ini adalah kurniaan Kebawah Duli Tuanku Sultan.  

“Ini bukan perkara baharu malah Kebawah Duli Tuanku ada juga memberi kurniaan kepada barisan exco kerajaan yang lepas dan kepada pegawai-pegawai kerajaan negeri sebagai motivasi untuk sentiasa bekerja keras untuk rakyat,” katanya menerusi hantaran itu.

Terdahulu, beberapa akhbar berbahasa Cina melaporkan isu kasut itu yang dipetik daripada akaun media sosial milik seorang individu mendakwa Onn Hafiz membeli kasut berharga ribuan ringgit sehingga mendapat pelbagai reaksi daripada warga netizen. – Bernama, 11 Julai, 2022.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen