Zakir Naik selesai saman fitnah dengan Kula Segaran


Pendakwah Zakir Naik masih mempunyai sama yang belunm selesai terhadap tiga pemimpIn DAP. – Gambar fail The Malaysian Insight, 4 Julai, 2022.

PENDAKWAH kontroversi Zakir Naik menyelesaikan saman fitnah yang difailkan terhadap Ahli Parlimen Ipoh Barat M Kula Segaran hari ini.

Menurut peguamnya Akberdin Abdul Kader, penghakiman persetujuan direkodkan di hadapan pesuruhjaya kehakiman Arief Emran Arifin dalam kamar.

“Terma penyelesaian masih kekal sulit antara kedua-dua pihak,” beliau dipetik sebagai berkata oleh portal Free Malaysia Today.

Peguam bekas menteri sumber manusia K Shanmuga, mengesahkan keputusan itu.

Kula Segaran, yang juga naib pengerusi kebangsaan DAP, dihadapkan ke mahkamah oleh Zakir berhubung komennya yang dimuatkan dalam artikel Free Malaysia yang diterbitkan pada 17 April 2017, yang mana beliau menggesa kerajaan supaya tidak memihak dengan melindungi Dr Zakir daripada pihak berkuasa India kerana ia meninggalkan tanggapan bahawa pelarian lebih dilindungi daripada kaum India Malaysia.

Zakir juga telah memetik kenyataan akhbar oleh Kula pada 13 Ogos 2019 bertajuk “Kehadiran Zakir Naik memalukan semua rakyat Malaysia”.

Warganegara India yang merupakan pemastautin tetap itu memohon pampasan dan tuntutan ganti rugi daripada Kula, serta injunksi mahkamah yang melarangnya daripada menerbitkan dan mengedar empat artikel berita berunsur fitnah dalam mana-mana medium.

Pendakwah itu juga turut menuntut permohonan maaf disiarkan dalam akhbar dan portal berita dalam talian.

Kula, dalam pembelaannya, merayu justifikasi, komen yang adil dan keistimewaan yang layak.

Zakir mempunyai saman fitnah yang belum selesai terhadap tiga lagi pemimpin DAP – Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang P Ramasamy, Ahli Parlimen Klang Charles Santiago dan Adun Bagan Dalam Satees Muniandy. – 4 Julai, 2022.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen