Diskaun 90% kompaun bawah Akta Syarikat 1965 dilanjut hingga 31 Okt, kata SSM


SURUHANJAYA Syarikat Malaysia (SSM) telah melanjutkan insentif pengurangan kompaun di bawah Akta Syarikat 1965 bermula hari ini sehingga 31 Oktober, 2022.

Dalam satu kenyataan, SSM berkata di bawah insentif ini, syarikat dan pengarah syarikat layak mendapat pengurangan 90 peratus dari nilai asal kompaun bagi semua kompaun yang telah ditawarkan di bawah Akta Syarikat 1965.

Sebelum ini, insentif tersebut telah dilaksanakan selama empat bulan bermula 1 Mac, 2022 dan tamat pada 30 Jun, 2022.

Semakan status kompaun boleh dilakukan melalui emel ke [email protected] atau hadir di mana-mana pejabat SSM di seluruh Malaysia. – Bernama, 1 Julai, 2022.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen