SSM tawar diskaun kompaun 90% sehingga 31 Disember


SSM memaklumkan kadar pengurangan kompaun 90% kepada semua kompaun yang ditawarkan di bawah Akta Syarikat 1965 (AS 1965) dan Akta Syarikat 2016 (AS 2016). – Gambar fail The Malaysian Insight, 19 September, 2020.

SURUHANJAYA Syarikat Malaysia (SSM) menawarkan pengurangan kompaun 90% daripada nilai asal kompaun bagi permohonan pembatalan nama syarikat di bawah Seksyen 549/550 Akta Syarikat 2016 bermula 17 Ogos hingga 31 Disember.

SSM dalam kenyataan hari ini memaklumkan kadar pengurangan kompaun 90% itu terpakai kepada semua kompaun yang ditawarkan di bawah Akta Syarikat 1965 (AS 1965) dan Akta Syarikat 2016 (AS 2016).

“Di bawah inisiatif ini, syarikat dan pengarah syarikat yang telah memohon atau diambil tindakan pembatalan syarikat menurut peruntukan di bawah Seksyen 549/550 Akta Syarikat 2016 layak mendapat pengurangan kompaun sebanyak 90%,” menurut kenyataan itu. 

Semakan status kompaun boleh dibuat melalui permohonan emel di  [email protected], menghubungi talian 03-22995334 dan secara dalam talian melalui pautan https://www.ssm.com.my/Pages/Quick_Link/e-Compound.aspx atau di portal ezBiz Online di pautan https://ezbiz.ssm.com.my serta di mana- mana pejabat SSM seluruh Malaysia. – Bernama, 19 September, 2020.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen