Bintang tenis Jepun tarik dari Wimbledon 


Naomi Osaka mengalami kecederaan tendon Achilles di kaki kiri ketika pusingan pertama menentang Amanda Anisimova di Roland Garros 2022 pada Mei.– Gambar EPA, 19 Jun, 2022.

NAOMI Osaka pada Sabtu mengumumkan beliau tidak akan menyertai Wimbledon akibat kecederaan tendon achilles, lapor Agensi Anadolu.

“.... kaki saya masih sakit, jadi saya akan menyertai kejohanan itu pada masa akan datang,” kata Osaka sambil menzahirkan kekecewaannya menerusi ciapan di akaun Twitter rasminya.

Osaka mengalami kecederaan tendon Achilles di kaki kiri ketika pusingan pertama menentang Amanda Anisimova di Roland Garros 2022 pada Mei di mana beliau tewas.

Beliau merekodkan kejayaan dalam Terbuka Amerika Syarikat dan Terbuka Australia, tetapi tidak pernah melepasi pusingan ketiga di Wimbledon setakat ini.

Osaka juga terpaksa menarik diri daripada kejohanan sama sebelum ini kerana mengalami tekanan mental. – Bernama, 19 Jun, 2022.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen