PEMAIN tenis Rafael Nadal mengesahkan aksinya ke gelanggang separuh akhir selepas menundukkan pencabar utama Novak Djokovic dalam pertembungan suku akhir Terbuka Perancis pada Rabu, lapor Xinhua.
Pilihan kelima itu menang dalam perlawanan yang mengambil masa empat jam dan 12 minit menerusi empat set 6-2, 4-6, 6-2, 7-6 (4).
Nadal bakal bertemu pilihan ketiga Alexander Zverev dalam pusingan separuh akhir pada Selasa. – Bernama, 1 Jun, 2022.
Komen