Polis akan panggil peserta perhimpunan peguam


Kesemua individu yang terlibat dalam perhimpunan 'Walk for Judicial Independence' anjuran Badan Peguam Malaysia pagi tadi akan dipanggil untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan dalam masa terdekat, kata polis. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 17 Jun, 2022.

PESERTA perhimpunan “Walk for Judicial Independence” anjuran Badan Peguam Malaysia pagi tadi akan dipanggil dalam masa terdekat untuk membantu siasatan, kata polis.

Ketua Polis Dang Wangi Noor Dellhan Yahaya dalam satu kenyataan berkata satu kertas siasatan telah dibuka mengikut Seksyen 15 (3) Akta Perhimpunan Aman 2012.

Siasatan juga dijalankan mengikut Peraturan 6 dan Peraturan 7, Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam kawasan tempatan jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara) (Fasa Peralihan ke Endemik) 2022, katanya.

“Hasil daripada pemerhatian yang dibuat didapati seramai lebih 220 orang terdiri daripada ahli Majlis Peguam dan beberapa individu yang dikenal pasti dan belum dikenal pasti telah berhimpun mengadakan perhimpunan ‘Walk For Judicial Independence’ sambil memegang plakad dan banner bertulis ‘Jom Jalan 4 Judicial Independence, Pertahankan Kebebasan Kehakiman’.

“Kesemua individu yang terlibat dalam perhimpunan tersebut akan dipanggil untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan dalam masa terdekat,” kata Dellhan.

Lebih 300 peguam yang menyertai “Walk For Judicial Independence”, yang berhimpun di Padang Merbok sejak jam 9 pagi, dihalang daripada berarak ke bangunan Parlimen untuk menyampaikan memorandum kebebasan badan kehakiman kepada Perdana Menteri Ismail Yaakob.

Lebih 300 peguam yang menyertai “Walk For Judicial Independence” dihalang daripada berarak ke bangunan Parlimen untuk menyampaikan memorandum kebebasan badan kehakiman kepada Perdana Menteri Ismail Yaakob.– Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 17 Jun, 2022.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana di Jabatan Perdana Menteri Mas Ermieyati Shamsudin kemudian ke Padang Merbok untuk menerima memorandum tersebut Presiden Badan Peguam Malaysia Karen Cheah bagi pihak Ismail Sabri.

Perhimpunan aman tersebut dianjurkan bagi membantah campur tangan terhadap kebebasan Badan Kehakiman dan pelanggaran prinsip prinsip pengasingan kuasa yang diamalkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Bantahan itu termasuk siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ke atas Hakim Mahkamah Rayuan Mohd Nazlan Mohd Ghazali berhubung dakwaan sumber kekayaan yang tidak dapat dijelaskan sumbernya.

Keputusan untuk menganjurkan perhimpunan itu dipersetujui dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) pada 27 Mei lalu. – 17 Jun, 2022.     


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen