POLIS menghentikan tindakan kira-kira 300 peguam yang mahu berarak ke Parlimen dari Padang Merbok bagi menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkenaan mempertahankan kebebasan mahkamah.
Kumpulan peguam berkenaan berhimpun seawal 9 pagi bagi menyertai Walk For Judicial Independence, dengan ada yang turut membawa kain rentang tertera “Jom Jalan Judicial Independence” dan “Walk the talk, Judicial Independence”.
Perarakan itu bagaimanapun tidak sempat bermula berikutan polis menghentikannya.
Terdahulu, bekas presiden Badan Peguam Malaysia Ambiga Sreenevasan berkata badan kehakiman perlu bebas dan dibenarkan menjalankan tugasnya untuk mempertahankan kebebasannya.
“Ia sangat mudah. Kami tidak mahu sesiapa pun melemahkan badan kehakiman.
“Kami mahu sampaikan mesej. Kami boleh lihat ada pihak cuba merendahkan badan kehakiman. Hentikan. Kami tidak akan berdiam diri,” katanya.
Beliau berkata perarakan itu sah mengikut undang-undang kerana badan berkenaan sudah menghantar notis dan polis dimaklumkan mengenainya.
“Hak berhimpun adalah hak berperlembagaan,” kata Ambiga. – 17 Jun, 2022.
Berita penuh di sini.
Komen