Najib dikritik naik MRT laluan Putrajaya sebelum pelancaran


Raevathi Supramaniam

Gambar yang dikongsi Najib Razak di Facebooknya bersama cucunya ketika menguji fasa pertama MRT Putrajaya hari ini. – Gambar Facebook, 15 Jun, 2022.

BEKAS perdana menteri Najib Razak dikecam oleh pengguna media sosial yang mempersoalkan mengapa ahli politik yang disabitkan kesalahan itu diberi peluang menguji fasa pertama MRT laluan Putrajaya.

MRT Corp juga dikritik kerana menjemput ahli Parlimen Pekan itu untuk menguji fasa pertama laluan baharu berkenaan.

Bagaimanapun Najib menerusi Facebooknya beliau dipuji kerana peranannya dalam membangunkan sistem pengangkutan awam yang akan memberi manfaat kepada ribuan rakyat Malaysia.

Tetapi di Twitter pengguna menyelar MRT Corp atas layanan yang diberikan kepada Najib yang disabitkan dengan rasuah dan membuat rayuan.

HeadsUp (@HeadsUp93) mempersoalkan mengapa seseorang yang memalukan negara dijemput menguji fasa pertama MRT Putrajaya berkenaan.

“@MRTMalaysia menjemput orang bodoh yang merompak/memalukan negara/najis nasional untuk rasmikan MRT line Putrajaya? Shame on you lah, syarikat korporat but otak semua dekat lutut,” tulisnya.

Seorang lagi pengguna Twitter berkata Najib dilayan seperti VIP walaupun disabitkan kesalahannya.

“Malaysia gila. Melayan penjenayah yang disabitkan dengan layanan VIP,” tulis @arfdptr

Seorang lagi pengguna berkata Najib seolah-olah tidak disabitkan dengan sebarang kesalahan.

“Bayangkan seorang penyangak yang disabitkan bersalah bergerak di tempat awam seperti tiada apa-apa,” tulis @amoeba_kecil di Twitter.

Najib menerusi Facebooknya berkongsi pengalaman beliau diberi peluang meguji fasa pertama laluan MRT Putrajaya.

Beliau disertai oleh anak perempuannya Nooryana Najib dan cucunya.

Rombongan kakitangan MRT Corp juga boleh dilihat dalam video itu. – 15 Jun, 2022.

Berita penuh di sini.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen