Tiada cukai baharu sehingga ekonomi pulih, kata pegawai MOF


KEMENTERIAN Kewangan (MOF) hari ini berkata tidak akan ada cukai baharu yang dikenakan di negara ini sehingga ekonomi yang dilanda Covid kembali ke landasan kukuh, termasuk pengenalan semula cukai barang dan perkhidmatan (GST), lapor The Edge Markets

“Saya ingin katakan tiada keputusan dibuat mengenai pengenalan semula GST.

“Tiada cukai akan dilaksanakan sehingga ekonomi benar-benar pulih,” kata Timbalan Ketua Setiauasaha Perbendaharaan (Polisi) Kementerian Kewangan Johan Mahmood Merican semasa persidangan Invest Asean 2022 hari ini.

Portal itu, bagaimanapun, melaporkan Johan sebagai berkata pengenalan semula GST adalah wajar, sejajar dengan misi kementerian untuk menyatukan kedudukan fiskal negara.

“Seperti yang anda tahu, kami sedang berusaha menyatukan kedudukan fiskal. Pastinya GST adalah antara yang kita sedang perhatikan,” katanya.

GST sebanyak 6 peratus sebelum ini pernah dilaksanakan pada 1 April 2015 sebelum diganti dengan skim cukai jualan dan perkhidmatan pada 1 September 2018. – 8 Jun, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen