Kadar inflasi akibat gaji minimum berbeza antara sektor, kata badan pemikir


Chan Kok Leong

Inflasi akibat kenaikan gaji minimum mungkin menyebabkan kenaikan harga barang dan ia terpaksa ditanggung pengguna. – Gambar fail The Malaysian Insight, 13 Mei, 2022.

INFLASI akibat pelaksanaan gaji minimum baharu akan berbeza antara industri dengan keperluan buruh yang berbeza, kata Pusat Kajian Sosioekonomi (SERC).

“Industri berbeza akan berdepan kos buruh yang berlainan,” kata Pengarah Eksekutif SERC Lee Heng Guie kepada The Malaysian Insight.

Industri perkhidmatan, sebagai paling buruh yang intensif akan menyaksikan kos naik hingga 20-30% dan mungkin menyebabkan peningkatan harga lebih tinggi berbanding industri lain, katanya.

“Sama juga dengan pembinaan. Tetapi ia mungkin berbeza bagi sektor pembuatan, yang mempunyai paras automasi lebih tinggi,” katanya.

Lee berkata masa dan penyesuaian tiba-tiba gaji minimum daripada RM1,200 kepada RM1,500 sebulan, berkuatkuasa 1 Mei, sangat menyukarkan.

Majikan yang mempunyai kurang lima pekerja, terkecuali daripada undang-undang itu.

“Biasanya, perniagaan akan dapat menyerap sejumlah angka kenaikan gaji, dan sesetengahnya mungkin tidak mahu meletakkan beban tambahan itu kepada pengguna.

“Tetapi memandangkan peniaga juga berdepan kenaikan kos bahan mentah (akibat bekalan tidak mencukupi), kadar tukaran wang asing lemah, kos tenaga lebih tinggi dan kekurangan bekalan buruh warga asing, ramai yang tidak ada pilihan lain kecuali memindahkan kos ini kepada pengguna,” kata Lee.

Satu contoh kekurangan bahan mentah ialah kekurangan kayu dari Russia selepas bermulanya pencerobohan Ukraine.

Akibat kekurangan itu, harga tisu tandas dijangka meningkat, katanya. – 13 Mei, 2022.

Berita penuh di sini.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen