PRESIDEN Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), Thomas Bach mengucapkan terima kasih dan merakamkan penghargaan kepada semua sukarelawan yang berkhidmat semasa Olimpik Musim Sejuk 2022 di Beijing.
Setakat ini, kesemua sukarelawan menamatkan kuarantin dan kembali menjalani kehidupan seperti biasa.
“Saya boleh bayangkan betapa terharunya anda apabila dapat bersatu semula dengan keluarga dan dapat berkongsi memori manis semasa Sukan Olimpik.
“Beijing sebagai ‘bandar dwi Olimpik’, membuka halaman baharu dalam sejarah Olimpik dan kejayaan ini tidak dapat direalisasikan tanpa sumbangan sukarelawan.
“Kemesraan dan ikhlasan Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik menyalakan semangat atlet dan setiap anggota keluarga Olimpik, sekali gus membuktikan bahawa hanya perpaduan yang dapat menjadikan kita lebih maju dan kuat,” kata Bach dalam perutusan tahniahnya pada Khamis.
Difahamkan, seramai lebih 18,000 sukarelawan terlibat dalam penganjuran temasya sukan itu, termasuk 94 peratus daripadanya terdiri golongan belia. – Bernama, 8 April, 2022.
Komen