Bentang segera RUU anti lompat parti atau berdepan protes jalanan, kata Mat Sabu


Aminah Farid

Ahli Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar (C) menerima memorandum berhampiran Parlimen di Kuala Lumpur. Turut hadir Presiden Amanah Mohamad Sabu. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 12 Ogos, 2020.

PUTRAJAYA perlu segera membentangkan rang undang-undang anti lompat parti di Parlimen atau ahli Parlimen pembangkang akan mengadakan protes jalanan, kata Mohamad Sabu (Kota Raja-PH) di Parlimen hari ini.

Presiden Amanah itu berkata kerajaan seolah-olah tidak mengambil berat atau mendengar kehendak rakyat melainkan protes jalanan diadakan.

“Sekiranya rang undang-undang itu tidak dibentangkan dan diluluskan semasa persidangan ini saya dan rakan dari pembangkan akan berhimpun di jalanan memandangkan kami sentiasa diabaikan apabila berucap di Parlimen.

“Bagaimana kita boleh mengamalkan demokrasi dalam Dewan jika rang undang-undang itu tidak disegerakan?,” katanya semasa membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2021).

Kelewatan membentangkan rang undang-undang itu diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Wan Junaidi tidak memberikan sebarang sebab penangguhan itu tetapi berkata rundingan lanjut dengan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) diperlukan.

The Malaysian Insight mendapat tahu daripada sumber BN bahawa satu kebimbangan mengenai rang undang-undang itu ialah ia tidak menangani situasi Parlimen atau dewan undangan yang tergantung.

Hari ini di Dewan Rakyat ahli Parlimen Umno Nazri Aziz (Padang Rengas-BN) bersetuju dengan Mohamad yang mengatakan adalah memalukan Malaysia mempunyai ahli politik yang kerap melompat parti.

“Saya bersetuju dengan apa yang Kota Raja katakan walaupun hanya 80% daripadanya,” katanya.

Seperti Mohamad Nazri juga bersetuju kerajaan perlu membentangkan rang undang-undang anti lompat parti terlebih dahulu dan menangani sebarang semakan kemudian. – 12 Ogos, 2020.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen