Kerajaan negeri Pakatan tidak akan bubar DUN


Majlis Presiden Pakatan Harapan dalam satu kenyataan menjelaskan keputusan itu dibuat selepas mengambil kira ekonomi negara termasuk mangsa banjir baru-baru ini serta situasi Covid-19. – Gambar fail The Malaysian Insight, 17 Mac, 2022.

KERAJAAN negeri yang ditadbir Pakatan Harapan (PH) dinasihatkan supaya tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) sehingga tamat penggal 2023, kata Majlis Presiden.

Majlis Presiden dalam satu kenyataan menjelaskan keputusan itu dibuat selepas mengambil kira ekonomi negara termasuk mangsa banjir baru-baru ini serta situasi Covid-19.

“Majlis Presiden menegaskan tumpuan pada masa ini harus ke arah menyelamatkan rakyat dan memulihkan ekonomi.

“Negeri-negeri di bawah PH dinasihatkan untuk melengkapkan penggal hingga 2023,” menurut kenyataan itu.

PH mentadbir Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.

Sebelum ini, kerajaan PH adalah di Johor, Melaka dan Perak tetapi tumbang berikutan Langkah Sheraton yang menyaksikan Perikatan Nasional mengambil alih kerajaan persekutuan.

Baru-baru ini, gabungan itu kalah dalam pilihan raya negeri Johor dan Melaka selepas Barisan Nasional meraih kemenangan besar.

Kenyataan itu ditandatangani bersama Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng, Mohamad Sabu dan Madius Tangau. – 17 Mac, 2022.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen