SEORANG kanak-kanak berusia tiga tahun secara tidak sengaja menembak dan membunuh ibunya ketika bermain dengan pistol di pinggir bandar Chicago, kata polis.
Tragedi itu berlaku pada petang Sabtu di tempat letak kereta sebuah pasar raya di Dolton, pinggir bandar Midwestern.
Kejadian seperti itu sudah terlalu biasa berlaku di Amerika Syarikat.
Kanak-kanak berkenaan duduk di tempat kerusi kanak-kanak di bahagian belakang kereta, dengan ibu bapanya di hadapan. Tanpa sesiapa tahu bagaimana kanak-kanak itu berjaya mendapatkan pistol ayahnya.
Kanak-kanak itu “mula bermain pistol berkenaan di dalam kereta sebelum menarik picu,” kata ketua polis tempatan Robert Collins kepada AFP.
Ibunya, Daejah Bennett, 22, ditembak di belakang leher yang kemudiannya dikejarkan ke hospital Chicago sebelum disahkan meninggal dunia.
Bapa kanak-kanak itu telah ditahan sementara polis menyiasat sama ada dia memiliki pistol itu secara sah dan sama ada perlu berdepan pertuduhan, kata Collins.
Komen