Senegal juara Piala Negara-Negara Afrika


Senegal menewaskan Mesir menerusi set penentuan dengan sepakan penalti dan dinobatkan sebagai pemenang Afcon 2021. – Gambar EPA, 7 Februari, 2022.

SENEGAL memenangi kejuaraan Piala Negara-Negara Afrika (Afcon) pertama pada Ahad selepas menewaskan Mesir 4-2 menerusi sepakan penalti.

Ratusan rakyat Mesir berkumpul di Kaherah bagi menyaksikan perlawanan akhir di skrin gergasi.

Penyokong Mesir cemas apabila Senegal memperoleh sepakan penalti selepas masa tambahan tamat dengan keputusan seri tanpa jaringan, lapor Agensi Anadolu.

Senegal gagal mendahului apabila sepakan penalti Sadio Mane diselamatkan Mohamed Abou Gabal pada minit ketujuh di Stadium Olembe di ibu negeri Cameroon, Yaounde.

Mesir hampir menjaringkan gol, tetapi rembatan Mohamed Salah dinafikan Edouard Mendy ketika perlawanan berbaki tiga minit pada separuh masa pertama.

Perlawanan berkesudahan seri tanpa jaringan selepas kedua-dua pasukan gagal menjaringkan gol pada separuh masa kedua.

Senegal menewaskan Mesir menerusi set penentuan dengan sepakan penalti dan dinobatkan sebagai pemenang Afcon 2021.

Mohamed Abou Gabal dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan.

Mesir masih pasukan paling unggul bagi Piala Negara-Negara Afrika, dengan menjulang gelaran juara sebanyak tujuh kali. – Bernama, 7 Februari, 2022.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen