KES pertama varian Omicron dilaporkan di Senegal hari ini membabitkan seorang pelawat yang meninggalkan negara itu selepas menghadiri mesyuarat antarabangsa di ibu kota Dakar, kata sebuah institut penyelidikan.
Badan kesihatan IRESSEF berkata pesakit berusia 58 tahun itu tiba di Senegal melalui pengangkutan udara dari negara di Afrika Barat pada 22 November.
Pelawat berkenaan sudah lengkap divaksin pada awal tahun ini dengan suntikan jenama AstraZeneca dan Pfizer serta tidak bergejala semalam.
Walaupun lelaki itu kini telah dikuarantin di pusat perubatan, namun beliau menginap di sebuah hotel di Dakar dan mengambil bahagian dalam acara bersama 300 orang dari negara berbeza pada 24 hingga 25 November.
Senegal merekodkan lebih 74,000 kes Covid-19 sejak pandemik itu bermula.
Kempen imunisasi negara itu telah dilancarkan pada Februari, namun kadar vaksinasi rendah dengan 1.3 juta daripada keseluruhan 17 juta penduduk divaksin. – AFP, 5 Disember, 2021.
Komen