KERAJAAN Cameroon semalam berkata seramai 16 orang terbunuh dalam kebakaran yang berpunca dari bunga api di sebuah kelab malam di ibu negara Yaounde.
Tragedi itu berlaku ketika negara berkenaan menjadi tuan rumah kejohanan bola sepak Piala Negara-Negara Afrika.
“Laporan awal menunjukkan 16 maut dan 8 cedera parah selepas kebakaran yang tidak sengaja berlaku pada malam Sabtu,” kata kementerian komunikasi dalam satu kenyataan.
Kebakaran itu menyambar bilik utama Kelab Malam Liv di daerah Bastos di ibu negara yang terletak rumah kepada kedutaan dan kediaman diplomat.
“Tragedi itu berpunca dari letupan bunga api yang sering digunakan di kawasan berkenaan pada awalnya membakar siling bangunan itu mengakibatkan dua letupan yang sangat kuat.
“Apabila kami tiba, keadaan panik, berlaku kebakaran yang marak dengan asap yang banyak.
“Kira-kira 16 maut dan lima cedera,” kata seorang pegawai bomba kepada AFP.
Seorang pengawal keselamatan berkata kejadian berlaku terlalu cepat.
“Kebanyakan pelanggan tiba kira-kira jam 3 pagi, jadi memang ramai menjadi mangsa,” katanya.
Terdapat beberapa objek terbakar di hadapan kelab itu yang bangunan itu tidak musnah atau hangus, kata seorang wartawan AFP. – AFP, 24 Januari, 2022.
Komen