Kerajaan Burkina Faso haramkan protes atas alasan keselamatan


Seorang penunjuk perasaan memegang bendera Burkina Faso semasa tunjuk perasaan pada 27 November 2021. Hari ini pihgak berkuasa negara itu mengharamkan dua protes yang dijadualkan pada Sabtu ini atas alasan keselamatan. – Gambar AFP, 21 Januari, 2022.

PIHAK berkuasa Burkina Faso pada Khamis mengharamkan dua protes pada hujung minggu ini kerana isu keselamatan di negara Afrika Barat yang bergolak itu, di mana perhimpunan November 2021 bertukar ganas.

Demonstrasi yang dijadual Sabtu ini oleh gerakan masyarakat sivil yang digelar Sauvons le Burkina (Selamatkan Burkina) telah dilarang atas “alasan keselamatan”, kata setiausaha perbandaran Christian Charles Rouamba dalam satu kenyataan.

Kumpulan yang sama mengadakan protes pada 27 November berikutan kegagalan Presiden Roch Marc Christian Kabore untuk memadamkan keganasan pemberontak yang telah melanda tanah bekas jajahan Perancis itu.

Demonstrasi itu, yang menarik ratusan penunjuk perasaan, juga diharamkan, dan sekitar sedozen cedera dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan.

Satu lagi demonstrasi berasingan pada Sabtu bagi menyokong negara jiran Mali - yang junta pemerintahannya berada di bawah sekatan dikenakan oleh Komuniti Ekonomi Negara Afrika (ECOWAS) serantau - turut diharamkan.

Dua pegawai Gabungan Patriot Afrika-Burkina Faso, yang merancang demonstrasi itu telah ditahan pada Khamis, kata kumpulan itu.

Kumpulan yang dikaitkan dengan Al-Qaeda dan apa yang dipanggil kumpulan Negara Islam telah melanda negara Sahel yang terkurung sejak 2015, membunuh kira-kira 2,000 orang, menurut kira-kira AFP.

LKebih kurang 1.5 juta orang kehilangan tempat tinggal, menurut angka terkini yang dikeluarkan oleh agensi kecemasan negara CONASUR. – AFP, 21 Januari, 2022.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen