12 tentera terbunuh dalam serangan di barat laut Burkina Faso


Sumber keselamatan memberitahu AFP serangan itu berlaku sekitar pukul 3 petang waktu tempatan, menambah kenderaan-kenderaan musnah atau dirampas semasa serang hendap yang dilancarkan oleh apa yang disebutnya sebagai kumpulan jihad. – Gambar AFP, 9 Ogos, 2021.

DUA BELAS tentera Burkina Faso terbunuh dan lapan cedera dalam serangan yang dipercayai oleh suspek jihadis berhampiran sempadan negara Afrika Barat itu dengan Mali, kata pihak berkuasa pada Isnin.

Menteri Komunikasi Ousseni Tamboura “mengecam keras serangan biadab itu” pada Ahad berhampiran kampung Dounkoun di wilayah Sourou, terbaharu dalam siri di mana kedua-duanya berdekatan dengan sempadan Mali dan Niger.

“Anggota pasukan darat dan pasukan GARSI diserang” di wilayah Boucle du Mouhoun barat laut, kata Tamboura dalam satu kenyataan. “Sejumlah 12 tentera terkorban dan lapan cedera.”

Tambah kenyataan itu, tujuh askar hilang selepas diserang hendap bagaimanapun ditemui pada waktu subuh Isnin, termasuk seorang yang cedera di paha dan kini dalam keadaan stabil.

“Operasi pembersihan sedang dibuat dan yang cedera telah dipindahkan,” kata menteri itu, yang juga jurucakap kerajaan.

Presiden Roch Marc Christian Kabore berkata melalui Twitter, “kami terus membalas serangan yang telah dibuat oleh pasukan yang tidak masih kami belum tahu ke atas negara kita.”

Presiden juga memberi penghormatan kepada askar-askar yang tewas di Toeni, memaklumkan rawatan segera diberikan kepada yang cedera.

Sumber keselamatan memberitahu AFP serangan itu berlaku sekitar pukul 3 petang waktu tempatan, menambah kenderaan-kenderaan musnah atau dirampas semasa serang hendap yang dilancarkan oleh apa yang disebutnya sebagai kumpulan jihad.

“Ini tentunya kerana mahu balas atas kematian dua pemimpin jihad yang aktif di wilayah Boucle du Mouhoun, yang ditumpaskan pada (Sabtu) oleh angkatan bersenjata,” tambah sumber itu.

Beliau menyebut kedua pemimpin itu sebagai Sidibe Ousmane, juga dikenali sebagai “Mouslim” dan pemimpin spiritual Bande Amadou, kata sumber itu.

Mereka dibunuh oleh unit tentera khas dalam tembakan antara Diamasso dan Bouni, di wilayah Kossi, kata kerajaan pada Ahad dalam satu kenyataan. – AFP, 9 Ogos, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen