Bantuan awal persekolahan RM150 diagih Isnin ini, kata KPM


KPM hari ini memaklumkan murid Tahun 1 hingga Tingkatan 4 dalam kalangan isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah yang sedang dalam sesi persekolahan bagi tahun 2021/2022 layak menerima Bantuan Awal Persekolahan sebanyak RM150. – Gambar fail The Malaysian Insight, 14 Januari, 2022.

BANTUAN Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 seorang bagi sesi persekolahan 2022/2023 akan mula diagihkan Isnin ini (17 Januari). 

Kementerian Pendidikan (KPM) menerusi kenyataan hari ini memaklumkan murid Tahun 1 hingga Tingkatan 4 dalam kalangan isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah yang sedang dalam sesi persekolahan bagi tahun 2021/2022 layak menerima bantuan tersebut.

“Sementara itu, bagi murid Tahun 1 yang akan mula mendaftar masuk sekolah pada 21 Mac 2022, pemberian BAP akan dilaksanakan selepas proses pendaftaran selesai,” menurut kenyataan itu.

KPM memaklumkan pengagihan BAP akan dibuat secara tunai atau dikredit ke akaun bank bagi murid yang mempunyai akaun bank.

Bagi pengagihan secara tunai, ia akan dilaksanakan di sekolah mengikut prosedur operasi standard (SOP) dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan. – Bernama, 14 Januari, 2022.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen