SEKURANG-KURANGNYA 45 orang maut dalam kemalangan bas di lebuh raya di selatan ibu negara Bulgaria, kata pegawai pada Selasa.
Punca kemalangan masih tidak dapat dipastikan setakat ini.
“45 atau 46 orang terbunuh” di lebuh raya yang terletak kira-kira 40 kilometer dari Sofia, kata, Nikolay Nikolov, ketua jabatan Keselamatan Kebakaran dan Perlindungan Awam kepada media awam BNT.
“Tujuh penumpang berjaya diselamatkan” dan dibawa ke hospital di ibu negara, tambahnya.
Menurut saluran bTV, 12 kanak-kanak menaiki bas itu, yang dalam perjalanan dari bandar utama Turki di Istanbul ke Skopje di Macedonia Utara.
Perdana Menteri Zoran Zaev berkata mangsa mungkin rakyat Macedonia.
“Kami tidak tahu sama ada semua mangsa berasal dari Macedonia Utara, tetapi kami andaikan begitu sebab bas itu didaftarkan di negara tersebut,” katanya dalam temu bual bersama Nova TV. – AFP, 23 November, 2021.
Komen