PM Bulgaria beri petunjuk menang selepas demonstrasi reda


Demonstrasi harian surut dengan gelombang kedua Covid-19 pada musim luruh namun "tenaga untuk perubahan masih ada", kata seorang penunjuk perasaan, Ina Belcheva, pelajar PhD di Paris. – Gambar AFP, 2 April, 2021.

WARGA Bulgaria akan mengundi pada Ahad bagi memilih Parlimen baharu, dengan parti sayap kanan Perdana Menteri Boyko Borisov dikatakan akan mendahului walaupun adanya gelombang tunjuk perasaan antikerajaan musim panas lalu.

Walaupun tinjauan terbaru memberi peluang kepada parti GERB Borisov untuk memperoleh rata-rata lapan mata peratusan berbanding parti pembangkang utama Sosialis, penganalisis masih mengharapkan Parlimen berikutnya ditanda dengan ketidakstabilan lebih tinggi.

“Mustahil untuk mempertahankan status quo,” kata penganalisis politik Daniel Smilov, menambah GERB mungkin akan melemah setelah “ketidakpuasan meningkat” kerana hubungan kerajaan dengan oligarki negara itu.

Beberapa skandal rasuah mendorong ribuan orang dari semua peringkat umur dan gabungan, termasuk beliau Bulgaria yang pulang dari luar negara, turun ke jalan menuntut perletakan jawatan Borisov dan Ketua Pendakwa Ivan Geshev atas perlindungan kuat yang mereka dapat dari kelompok oligarki.

Borisov menolak semua hubungan dengan media sejak musim panas lalu selain menolak semua undangan untuk debat, sebaliknya memilih untuk menyiarkan kepada pengikutnya di media sosial.

Demonstrasi harian surut dengan gelombang kedua Covid-19 pada musim luruh namun “tenaga untuk perubahan masih ada”, kata seorang penunjuk perasaan, Ina Belcheva, pelajar PhD di Paris.

“Saya harap agar wajah baharu, ahli politik berkualiti masuk Parlimen ini,” tambahnya. – AFP, 2 April, 2021.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen