Gerakan perlu kembali ke Pulau Pinang bina semula parti, kata penganalisis


Angie Tan

Kekalahan Gerakan di PRN Melaka dapat dijangka kerana parti itu tidak ada sokongan akar umbi di negeri kecil berkenaan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 22 November, 2021.

KEKALAHAN Gerakan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dijangka kerana parti itu tidak ada sokongan akar umbi di negeri kecil itu, kata penganalisis.

Mereka memberitahu The Malaysian Insight parti berbilang kaum itu mesti mengukuhkan semula parti di negeri utara apabila mempunyai asas yang kukuh.

Gerakan yang bertanding di bawah panji Perikatan Nasional tewas di semua lima kerusi yang ditandingiya di Melaka. Parti itu meninggalkan Barisan Naional selepas mengalami kekalahan teruk dalam pilihan raya umum (PRU) lalu.

Penganalisis politik Lum Chih Feng berkata keputusan Gerakan di Melaka dijangka kerana sokongan akar umbi parti itu bukan di Melaka.

Selain itu kebanyakan calonnya tidak bekerja secara tempatan di Melaka, katanya.

“Pengundi tidak mengenali Gerakan dan parti itu bukan seperti MCA. MCA mempunyai sokongan akar umbi yang kuat. Walaupun kalah pemimpin tempatan itu akan tetap bekerja di sana untuk berkhidmat kepada pengundi,” katanya. 

Beliau berkata Gerakan masih dalam keadaan janggal kerana selepas keluar dari BN, parti itu bertanding untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai sebagai kuasa ketiga dan kemudiannya menyertai PN.

“Gerakan masih mencari-cari araha tujuannya. Saya fikir Gerakan tidak sepatutnya bertanding di mana-mana tetapi harus memilih satu mata untuk bermula semula dan titik itu saya fikir harus bermula di Pulau Pinang,” katanya.

Penganalisis politik kanan dan wartawan veteran Cheah See Kian dalam pada itu berkata Gerakan mesti membuktikan parti berkenaan di utara terutamanya untuk melihat sama ada ia masih mendapat sokongan daripada rakyat Pulau Pinang. 

“Dari 2008 hingga 2018, rekod kekalahan Gerakan di Pulau Pinang tidak pernah pulih. Peluang terakhir Gerakan sepatutnya pada PRU tahun depan atau 2023.

“Ini juga pertarungan terakhir. Jika masih tiada jalan untuk menembusi di utara maka Gerakan mungkin perlu mencari jalan sama ada mereka masih boleh bertahan,” katanya.
 
Beliau mengingatkan Gerakan perkembangan parti itu kini mencapai titik amaran dan ia harus memberi tumpuan di negeri utara khususnya di Pulau Pulau tempat Gerakan bermula.

Penolong profesor di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Lau Zhe Wei berkata Gerakan bukan sekutu kuat dalam PN tetapi pakatan itu tetap akan menampung parti itu.

“Ini kerana PN mahu menunjukkan kepelbagaian. Satu-satunya pilihan semasa ialah bekerjasama dengan Gerakan melainkan PN mewujudkan parti baharu.

“Nilai Gerakan bukan untuk memenangi undi, bukan untuk memenangi kerusi tetapi untuk menunjukkan PN adalah pelbagai,” katanya. – 22 November, 2021.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen