PAS lihat pada sudut positif walaupun tewas di Melaka 


Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man turut berterima kasih kepada pengundi, penyokong dan pemimpin parti.– Gambar fail The Malaysian Insight, 2021.

TERDAPAT peningkatan jumlah undi untuk PAS pada kerusi yang ditandingi dalam pilihan raya negeri Melaka semalam, kata timbalan presidennya Tuan Ibrahim Tuan Man. 

Parti Islam itu tewas di semua lapan kerusi yang ditandingi pada pilihan raya itu. 

“Kerusi-kerusi yang ditandingi oleh PAS menunjukkan peningkatan undi yang memberangsangkan,” katanya dalam posting menerusi Facebook. 

Tuan Ibrahim berkata parti itu telah melakukan yang terbaik. 

“Semoga Allah ganjari usaha dan pengorbanan yang telah diberikan,” katanya. 

Beliau yang juga menteri alam sekitar dan air turut bertemrima kasih kepada semua pengundi, pemimpin dan penyokong parti. 

Barisan Nasional terdiri daripada Umno, MIC dan MCA menang majoriti dua pertiga dengan 21 kerusi semalam. 

PAS merupakan sebahagian daripada gabungan Perikatan Nasional bersama Bersatu dan Gerakan.

Hanya Bersatu memenangi dua kerusi di bawah PN.– 21 November, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen