Pilihan raya, Maduro gesa pemerhati EU hormati kedaulatan Venezuela


Presiden Venezuela Nicolas Maduro berkata pemerhati Kesatuan Eropah (EU) pada pilihan raya perbandaran dan wilayah yang diadakan hari ini mesti mematuhi undang-undang. – Gambar EPA, 21 November, 2021.

PRESIDEN Venezuela Nicolas Maduro berkata pemerhati Kesatuan Eropah (EU) pada pilihan raya perbandaran dan wilayah yang diadakan hari ini mesti mematuhi undang-undang.

“EU perlu menghormati legitimasi kuasa Venezuela dalam proses pilihan raya #21Nov ini. Tiada negara di dunia boleh memberikan keputusan mengenai kesahihan sesebuah negara dan proses kedaulatan,” tulis Maduro di Twitter pada Sabtu, lapor Sputnik.

Pemerhati EU akan memantau pilihan raya itu buat kali pertama dalam tempoh 15 tahun.

Sebanyak 42 parti politik dan 64 parti wilayah akan bertanding pada pilihan raya kali ini termasuk pembangkang berhaluan kanan, yang menguasai parlimen untuk penggal 2016-2021.

Minggu lepas, Menteri Luar Venezuela Felix Plasencia berkata selain pemerhati dari Rusia, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan EU, wakil Pusat Carter Amerika Syarikat turut diundang sebagai pemerhati. – Bernama, 21 November, 2021.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen