Maduro kembali kuasai Parlimen 


Presiden Nicolas Maduro kembali menguasai Parlimen, selepas parti PSUV memperoleh 67.6% undi. – Gambar EPA, 7 Disember, 2020.

PILIHAN raya Venezuela yang berlangsung pada Ahad menyaksikan Presiden Nicolas Maduro kembali menguasai Parlimen, selepas parti PSUV (Parti Sosialis Bersatu Venezuela) memperoleh 67.6% undi.

Menurut pengumuman Majlis Pilihan Raya (CNE) pada  Isnin sebanyak 82.35% undi telah dikira daripada lebih 5.2 juta undi, mewakili  hanya 31 peratus pemilih berdaftar dalam pilihan raya yang diboikot parti pembangkang utama, lapor Agensi Anadolu.

Pilihan raya melibatkan sekitar 14,000 calon bertanding itu memberi kuasa kepada Maduro untuk mengetuai Parlimen yang mempunyai 227 kerusi. 

Timbalan yang dipilih akan memegang jawatan bermula 5 Januari 2021 untuk tempoh lima tahun. – Bernama, 7 Disember, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen