Isu Timah soal kecekapan kerajaan dan toleransi kaum, kata Ramkarpal


Pengerusi Biro Undang-Undang Kebangsaan DAP Ramkarpal Singh berkata kerajaan sepatutnya mendidik mereka yang tersalah maklum, tetapi sebaliknya ia turut menyumbang kepada meledaknya isu Timah. – Gambar fail The Malaysian Insight, 31 Oktober, 2021.

KONTROVERSI Timah membawa semula tumpuan negara kepada toleransi kaum di bawah pentadbiran Perikatan Nasional di Malaysia, kata Ram Karpal Singh.

Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu berkata kontroversi itu boleh dijadikan petunjuk situasi semasa di bawah pentadbiran sekarang.

Pengerusi Biro Undang-Undang Kebangsaan DAP itu berkata kerajaan sepatutnya mendidik mereka yang tersalah maklum, tetapi sebaliknya ia turut menyumbang kepada meledaknya isu tersebut.

“Kita perlu tertanya-tanya jika PAS ada perkara (baik) yang hendak ditawarkan apabila melibatkan isu semasa yang menjejaskan negara.

“Saya tak nampak bagaimana jenama Timah boleh menyebabkan kekeliruan atau menyentuh sensitiviti agama, seperti dijelaskan yang ia berkaitan dengan industri perlombongan bijih timah di Perak.

“Dan orang yang digambarkan dalam jenama itu adalah pegawai British ketika pentadbiran penjajah British di Tanah Melayu.

“Perubahan nama mungkin menyebabkan kepercayaan menyimpang yang ada kebenaran dalam retorik yang menentang jenama itu, yang tidak masuk akal,” kata Ramkarpal dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau juga percaya tidak wujud keperluan untuk menyemak kesahan jenama itu kerana tiada undang-undang yang dilanggar. – 31 Oktober, 2021.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen