RMK12 hanya nampak bagus di atas kertas, kata ahli ekonomi


Raevathi Supramaniam

Pakar ekonomi menyifatkan RMK12 hanya nampak bagus di atas kertas tetapi ada kekurangan sekiranya kerajaan tidak mencapai sasaran tanpa pelaksanaan yang tepat. – Gambar fail The Malaysian Insight, 14 Oktober, 2021.

RANCANGAN Malaysia Ke-12 (RMK12) dilihat bagus di atas kertas tetapi ada kekurangan arah dan pelaksanaan bagaimana kerajaan akan mencapai tujuan yang ditetapkan dalam rancangan itu, kata ahli ekonomi.

Bercakap dalam forum atas talian yang dianjurkan oleh Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER), mereka berkata ketika RMK12 mempromosikan kelestarian, kemakmuran dan inklusif sebagai teras utamanya, tanpa pelaksanaan yang tepat kerajaan tidak akan mencapai sasaran.

Rancangan yang sepatutnya menetapkan agenda ekonomi negara untuk lima tahun akan datang kini lebih mencerminkan rancangan ekonomi perdana menteri hari ini dan bukan mengenai bagaimana memperluas perbelanjan pembangunan negara, kata pakar ekonomi.

“Objektif yang ditetapkan dalam RMK12, anda tidak boleh membantahnya. Saya suka (sasaran) keterangkuman, ini penting dalam pembangunan jangka panjang,” kata Pengarah Urusan DM Analytics Dr Muhammed Abdul Khalid.

“Kesan Covid-19 ke negeri-negeri miskin lebih jelas, seperti Sabah dan Sarawak.

“Tetapi apabila anda melihat sasaran dan bagaimana mencapainya, itu menyedihkan dan tidak serius. Laporan ini terlalu padat dan sasarannya kurang baik. Kita perlu masuk campur sekiranya boleh.

“Tidak ada rancangan langsung tentang bagaimana meningkatkan pendapatan B40 menjelang 2025, atau tidak ada perbincangan mendalam tentang keterangkuman dan perlindungan sosial,” katanya. – 14 Oktober, 2021.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen