Bantuan tunai tak cukup antara maklum balas Bajet 2022


Ragananthini Vethasalam

Menurut Kertas Perundingan Awan Belanjawan 2022, bantuan tunai yang diberikan adalah rendah dan tidak cukup untuk memenuhi keperluan rakyat ketika ini. – Gambar fail The Malaysian Insight, 8 Oktober, 2021.

BANTUAN tunai yang tidak mencukupi dan kriteria kelayakan yang ketat antara isu yang dibangkitkan dalam Kertas Konsultasi Awam Belanjawan 2022 yang diterbitkan oleh Kementerian Kewangan.

Kertas perundingan awam merangkumi empat bidang iaitu insentif cukai, meningkatkan program bantuan tunai kerajaan, Akta Tanggungjawab Fiskal dan memperbaiki dasar perolehan kerajaan.

Antara maklum balas yang diterima ialah kriteria kelayakan bagi mendapatkan bantuan tunai sangat ketat dan sukar mendapat kelulusan sekiranya pemohon tidak dapat memberikan dokumen sokongan yang diperlukan.

Kertas juga mendedahkan kesukaran menentukan kelayakan pemohon berdasarkan ukuran dan pendapatan isu rumah per kapita dan terdapat pertindihan dalam pelbagai bantuan yang dikeluarkan kepada individu sama yang juga mengakibatkan individu yang tidak layak menerima bantuan tersebut.

“Jumlah yang diberikan sebagai bantuan tunai rendah dan tidak cukup untuk memenuhi keperluan ketika ini,” kata kertas berkenaan.

Keraguan dalam proses pengesahan, penerimaan bantuan tanpa tunai serta kesukaran mengeluarkan bantuan tunai kepada penerima di pedalaman Sabah dan Sarawak adalah masalah yang dibangkitkan.

Putrajaya berkata tujuan utama bantuan tunai adalah untuk meringankan beban kewangan kumpulan yang disasarkan.

“Disebabkan kerajaan bukan negara kesejahteraan sosial, tujuan utama bantuan tunai kerajaan bukanlah untuk menggantikan sumber pendapatan rakyat, tetapi meringankan beban kewangan kumpulan sasaran untuk meneruskan kehidupan dan produktiviti harian mereka,” katanya.

Contohnya, Bantuan Sara Hidup diperbaiki dan diubah menjadi Bantuan Prihatin Nasional bagi meringkan beban rakyat.

Putrajaya memperuntukkan bantuan tunai berikutan keadaan Covid-19, katanya.

“Oleh itu kerajaan harus mempertimbangkan apakah perlu meningkatkan jumlah penerima tetapi dengan jumlah bantuan lebih kecil yang diberikan atau memberikan jumlah yang lebih besar dengan mengehadkan jumlah penerima kepada kumpulan sasaran yang benar-benar memerlukan,” katanya.

Mengenai syarat permohonan yang ketat, mereka berkata pemeriksaan antara agensi adalah penting selain dokumen sokongan yang diberikan oleh pemohon bagi memastikan hanya mereka yang benar-benar layak menerima bantuan tunai.

Menurut kertas itu, pangkalan data beberapa agensi termasuk di peringkat negeri masih dilakukan secara manual.

“Sebagai contoh, jika data perkahwinan dan penceraian pasangan Muslim yang diterima dari agensi negeri tidak lengkap, permohonan akan ditolak walaupun individu itu layak mendapat bantuan,” katanya.

Putrajaya berkata ini juga mengapa dokumen sokongan diperlukan daripada pemohon untuk mengelakkan kesalahan pengecualian.

Mengenai kelayakan isi rumah, kerajaan berkata bantuan tersebut berdasarkan ambang pendapatan dan data eKasih.

Malah semua aplikasi akan diperiksa oleh 25 lembaga kerajaan bagi memastikan tidak ada “kesalahan penyertaan” di mana individu tidak layak menjadi penerima bantuan tunai.

Bagi penerima Sabah dan Sarawak, Bank Simpanan Nasional bergerak dikerahkan ke kawasan-kawasan ini. Bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank, Jabatan Perbendaharaan negeri akan bekerjasama dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk membayar pembayaran tunai.

Belanjawan 2022 akan dibentangkan di Parlimen pada 29 Oktober. Kementerian Kewangan mengumpulkan maklum balas daripada orang ramai sebagai sebahagian proses perundingan belanjawan yang berakhir pada 15 September. – 8 Oktober, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen