2 Adun 'khianati' BN bakal terima surat pemecatan, kata Zahid


Ragananthini Vethasalam

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi Adun yang mengkhianati kerajaan dipimpin oleh BN dan Umno Melaka bakal berdepan tindakan daripada parti. – Gambar fail The Malaysian Insight, 5 Oktober, 2021.

PRESIDEN Umno Ahmad Zahid Hamidi hari ini memberitahu dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang “mengkhianati” parti dengan menarik sokongan daripada kerajaan Melaka pimpinan Barisan Nasional (BN) bakal menerima surat pemecatan mereka.

“Saya harap Adun daripada Umno-BN, yang mengkhianati kerajaan dipimpin oleh BN dan Umno Melaka, bersedia menghadapi tindakan daripada parti dan menerima surat pemecatan mereka,” kata presiden parti itu dalam sidang media di Parlimen hari ini.

Dua Adun yang disebut oleh Zahid itu adalah bekas ketua menteri Melaka Idris Haron (Sungai Udang-BN) dan Nor Azman Hassan (Pantai Kundor-BN).

Dua yang lain - Noor Effandi Ahmad (Telok Mas-Bersatu) dan Norhizam Hassan Baktee (Pengkalan Batu-Bebas) - semalam mengumumkan mereka hilang kepercayaan terhadap kerajaan pimpinan Ketua Menteri Sulaiman Md Ali.

Awal hari ini, Idris berkata “kerajaan perpaduan” daripada empat dan Pakatan Harapan Melaka perlu dibentuk. Beliau juga berkata tidak mahu pilihan raya baharu.

Bagaimanapun, Speaker DUN Abd Rauf Yusoh mengumumkan petang ini yang Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan, atas nasihat Sulaiman kepada Gabenor Melaka, Mohd Ali Mohd Rustam.

“Gabenor Melaka mempertimbangkan permintaan itu dan setuju untuk membubarkan DUN pada 4 Oktober,” kata Rauf dalam sidang media hari ini.

Pilihan raya negeri mesti diadakan dalam tempoh 60 hari akan datang. Dewan mempunyai 28 kerusi.

Rauf berkata kerajaan yang bubar akan berfungsi sebagai kerajaan sementara sehingga pilihan raya diadakan.

DAP menyatakan keberatannya terhadap pilihan raya negeri kerana wabak Covid-19. – 5 Oktober, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen