Bina semangat dan iktikad perjuangan baharu


BERSATU wajar berperanan penting dalam membentuk wacana dan naratif politik pribumi dan politik nasional yang berwibawa, berbeza dan berkesan di semua peringkat kepimpinannya, demi keselamatan dan kelangsungan Malaysia dan rakyat jelatanya.

Bersatu mampu melaksanakan tindakan ini. Ia mempunyai pucuk pimpinan yang luhur, warga pejuang yang dedikasi, budaya politik yang tulus, semangat juang yang pantang berputih mata, dan iktikad perjuangan yang selalu menjauhi segala kemungkaran yang pernah meruntuhkan kuasa pribumi sebelum ini.

Perkembangan politik nasional kebelakangan ini sedang menduga keseluruhan ciri-ciri murni Bersatu di atas.

Jangan sekali-kali mengaku kalah demi kebenaran yang sangat dirindui rakyat jelata pada kompilasi ini.

Namun Bersatu tidak mampu melakukan keseorangan. Jemaah perjuangannya bersama PAS dan anggota lain-lain Perikatan Nasional (PN) wajar diperkukuh dan dirapikan.

Segelintir pembesar Umno yang sedang penasaran wajar disantuni seadanya dan sepadanya.

Keluarga besar PN dan keanggotaam ahli bersekutu Bersatu yang berbilang kaum wajar segera dibesar dan diperkasakan.

Dalam perjuangan pada hari ini tidak ada orang yang berpangkat abang atau bertaraf adik. Keluarga Malaysia hanya memerlukan satu perjuangan bersama secara lurus dan berpaksikan lunas-lunas kemakrufan.

Rakyat selaku tunggak negara usahawan diabaikan dan warga layanan awam selaku tunggak peraturan pemerintahan jangan dipinggirkan.

Jalinan perjuangan dengan dua kumpulan ini selalu bercorak aur dengan tebing.

Pendekatan atau strategi perjuangan, dasar dan program politik Bersatu dan PN perlu menjurus ke arah kesejahteraan, kemakmuran dan keselamatan bersama rakyat Malaysia seluruhnya.

Golongan angkuh, bongkak dan sombong yang sedang dilanda sindrom mementingkan diri, wabak tamak kuasa, dan penyakit gila numbor perlu disergah atau disanggah, jika dan bila perlu, perlu mereka kembali waras dan siuman demi keselamatan politik Peribumi dan seluruh rakyat Malaysia berbilang keturunan.

Kabilah talam dua muka, anasir meriam dalam lipatan dan elemen musuh dalam selimut mesti didedahkan. Kelompok hasad dengki, penabur fitnah, pemeras ugut dan pengadu-domba wajar ditumpaskan.

Generasi muda Malaysia mesti didampingi secara berterusan setiap mereka sudi bersama dalam perjuangan nasional selaras dengan citarasa mereka.

Namun mereka juga mesti dibelai, dilentur serta dibimbing untuk menginsafi jati diri mereka sebagai kanak-kanak Malaysia tidak diperlukan dalam arus politik kesejagatan atau siasah universalis yang boleh meruntuhkan tatacara perjuangan nasional Malaysia.

Golongan pemikir dan cerdik pandai wajar didampingi sebaiknya bakti untuk proses proses negara-bangsa. Dorong mereka belajar keperluan pelbagai bidang seperti dilaksanakan oleh Tun Abdul Razak Hussein masa rusuhan kaum pada 13 Mei tahun 1969.

Galakkan mereka membuat kajian terperinci terhadap segala aspek kehidupan rakyat, kekuasaan, kenegaraan dan kemakmuran bersama untuk membuat perisian kepada dasar kesejahteraan dan keselamatan nasional jangka pendek, jangka pendek sederhana dan jangka panjang.

Tidak dilupakan adalah bantuan serta warga warga dan pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) serta aktivis masyarakat yang selalu unggul dengan kesukarelaannya.

Oleh itu, Bersatu dan sekutu perjuangannya dalam PN jangan leka dan usahawan alpa.

Kekuataan politik Peribumi selaku tonggak politik nasional Malaysia selalu digeruni pihak neoimperialis dalaman dan luaran.

Ia juga selalu dimusuhi oleh pelbagai anasir yang memang tidak diinginkan politik Peribumi selalu mantap, berwibawa, bersatupadu dan perkasa.

Jika kekuatan politik Peribumi terhakis, golongan ini akan bangkit dan bermaharajalela dengan agenda jahatnya, baik untuk kepentingan neoimperialis dalaman atau luaran.

Kekuatan politik Peribumi yang rapoh boleh menyebabkan Peribumi lenyap buat selamanya di abad ke-21. Lantas carilah kaedah berhemah untuk digunakan kebijaksanaan dan wibawa yang tinggi dalam menangkis seluruh fenomena ini menjadi kenyataan.

Perayaan ulang tahun penubuhan Bersatu yang kelima kali ini diperlukan langkah jalan ke arah memantapkan perjuangan nasional PN melalui naratif dan wacana yang bermanfaat untuk semua.

Waspadalah, kita semua sedang berperang dengan pandemik Covid-19 yang mengancam serba-serbi kehidupan rakyat dan kelangsungan nasional mengikut kaedah norma baru.

Peperangan ini entah bila akhirnya. Jadi, ketepikan kemelut politik nasional dan bina semula semangat perjuangan dasar norma baru, baru dan realiti baru lewat azam, iktikad dan tambahan yang juga serba baru.

Hakikatnya kerana Bersatu dan PN adalah pejuang pribumi, pejuang Islam dan pejuang Malaysia di abad ke-21.

Perjuangan ini memerlukan kekuatan semangat dan iktikad luar biasa, berbeza dengan kumpulan politik duluan yang biasa-biasa coraknya, dan sangat amat materialistik bentu. – 9 September, 2021.

* Ruhanie Ahmad adalah pembaca The Malaysian Insight.

* Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan rasmi The Malaysian Insight.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen