ERL kembali beroperasi 13 September


Perkhidmatan KLIA Express dan KLIA Transit akan beroperasi bermula 6 pagi hingga 10.10 malam setiap hari.– Gambar fail The Malaysian Insight, 9 September, 2021.

EXPRESS Rail Link Sdn Bhd (ERL) akan memulakan operasi semua perkhidmatan trennya bermula 13 September berikutan peralihan Lembah Klang ke fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

ERL dalam satu kenyataan hari ini berkata, KLIA Express dan KLIA Transit akan beroperasi bermula 6 pagi hingga 10.10 malam setiap hari. 

Menurutnya  jadual perjalanan akan disesuaikan kemudian untuk menampung jumlah penumpang yang semakin meningkat.

Semalam Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya akan beralih ke fasa 2 bermula esok. 

Pada 4 Jun, ERL menggantung semua perkhidmatannya susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan penuh (PKP) 3.0. 

ERL juga berkata 99% kakitangan termasuk petugas barisan hadapan dan kakitangan operasi sudah melengkapkan vaksin Covid-19. 

Pada masa yang sama, ERL turut menawarkan promosi kad perjalanan mingguan untuk setiap pembelian kad perjalanan bulanan KLIA transit dengan kad pengenalan berdaftar. 

Promosi ini bermula serta merta sehingga 30 November bagi menggalakkan orang ramai kembali ke pejabat atau bekerja menggunakan pengangkutan awam. 

Tambah ERL, kad perjalanan bulanan ini akan memberikan penjimatan besar kepada penumpang kerana diskaun diberikan sehingga 83%.– 9 September, 2021.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen