Mesyuarat jawatankuasa khas tentukan status fasa Lembah Klang, kata PM


Kadar lengkap vaksinasi bagi populasi dewasa di Lembah Klang kini sudah mencecah 89.5%. – Gambar fail The Malaysian Insight, 30 Ogos, 2021.

PERDANA Menteri Ismail Sabri Yaakob berpendapat Lembah Klang kini sudah boleh beralih ke Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) susulan kadar vaksinasi yang melebihi 80%.

Bagaimanapun, katanya ia akan diputuskan dalam perbincangan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Menangani Covid-19 bersama barisan Kabinet yang akan dipengerusikannya nanti

“Sekali lagi saya berbangga dengan semua yang terlibat dan pencapaian yang hebat ini,” katanya dalam catatan di Facebook beliau hari ini.

Semalam, Ismail Sabri berkata kadar lengkap vaksinasi bagi populasi dewasa di Lembah Klang sudah mencecah 89.5%. – Bernama, 30 Ogos, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen