New Orleans kuat kuasa perintah berkurung ekoran Hurikan Ida


New Orleans menguatkuasakan perintah berkurung ekoran Hurikan Ida yang membadai bandar raya itu. – Gambar EPA, 1 September, 2021.

PERINTAH berkurung dikuat kuasa di seluruh New Orleans ekoran Hurikan Ida membadai bandar raya itu, kata Datuk Bandar, LaToya Cantrell.

“Perintah berkurung itu bermula 8 malam hingga 6 pagi (CDT) berkuat kuasa serta merta,” kata Cantrell pada Selasa, lapor Sputnik.

Sementara itu, Ketua Polis New Orleans, Shaun Ferguson mengingatkan penduduk yang berpindah agar tidak pulang ke kediaman mereka berikutan bekalan elektrik belum pulih sepenuhnnya.

Ferguson berkata jalan raya masih dipenuhi sampah sarap dan berbahaya untuk pemanduan waktu malam kerana lampu isyarat tidak berfungsi.

Beliau menambah beberapa kes kecurian juga dilaporkan berlaku.

Hurikan Ida yang melanda Louisiana pada Ahad itu diklasifikasi sebagai ribut Kategori 4. – 1 September, 2021.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen