FLORIDA sedia berdepan taufan Isaias pada Ahad susulan amaran yang dikeluarkan oleh pengkaji cuaca bahawa taufan berkenaan mampu menjadi lebih kuat sebelum membadai negeri itu.
Menurut Pusat Hurikan AS, taufan berkenaan mampu menyebabkan ribut dan bajir di sebahagian besar kawasan Florida.
Pihak berkenaan juga berkata, persediaan untuk melindungi nyawa dan harta benda perlu dipercepatkan.
Taufan berkenaan membawa angin berkelajuan 110 kilometer sejam dan menghala ke Miami, Florida.
Terdahulu, tafuan berkenaan yang membawa hujan lebat membadai Bahamas.
Presiden Donald Trump mengisytiharkan darurat di negeri itu dan meluluskan beberapa peruntukan persekutuan sebagai persediaan.
“Kita akan mula melihat impaknya malam ini dan juga malam esok dan seterusnya,” kata Gabenor Florida Rn DeSantis pada Sabtu.
Florida turut bertungkus lumus menghadapi gelombang jangkitan Covid-19 yang mana angka kematian di negeri itu sahaja setakat ini mencecah 6,843. – AFP, 2 Ogos, 2020.
Komen