Pelumba BMX Olimpik keluar ICU selepas alami pendarahan otak


Pelumba BMX Connor Fields terpaksa bermalam di ICU selepas terjatuh dan kalah dalam perlawanan separuh akhir pada Jumaat, menurut kenyataan pasukan Berbasikal Amerika Syarikat. – Gambar EPA, 31 Julai, 2021.

PELUMBA BMX Connor Fields mengalami pendarahan otak dalam kemalangan ketika perlumbaan acara Olimpik Tokyo 2020, namun telah didiscaj dari unit rawatan rapi (ICU), kata para pegawai pada Sabtu.

Fields terpaksa bermalam di ICU selepas terjatuh dan kalah dalam perlawanan separuh akhir pada Jumaat, menurut kenyataan pasukan Berbasikal Amerika Syarikat.

“Para doktor melaporkan Fields mengalami pendarahan otak di tempat kejadian,” katanya.

“Selepas satu malam di ICU, para doktor melaporkan tidak ada pendarahan tambahan, dan tidak ada luka baharu ditemukan.” – AFP, 31 Julai, 2021.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen