Tetapkan harga siling vaksin Sinovac, kata PAC


Pengerusi PAC Wong Kah Woh berkata penetapan harga siling itu perlu bagi memastikan harga jualan vaksin Sinovac tidak membebankan rakyat. – Gambar fail The Malaysian Insight, 27 Julai, 2021.

JAWATANKUASA Kira-Kira Wang Negara (PAC) hari ini menyarankan supaya Putrajaya menetapkan harga siling bagi  vaksin Covid-19 jenis Sinovac sebelum dijual kepada rakyat.

Pengerusinya Wong Kah Woh berkata langkah itu perlu bagi memastikan harga jualan vaksin tersebut tidak membebankan rakyat.

“Jawatankuasa ini juga mengambil maklum harga untuk pemvaksinan Covid-19 sudah mula dipromosikan dan harga yang ditetapkan adalah tinggi berbanding dengan harga yang sepatutnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Berkenaan prosiding perolehan vaksin Covid-19 dan penggunaan dalam kalangan rakyat pula, Wong berkata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin hadir pagi tadi untuk memberi penjelasan bagi kali kedua kepada PAC.

PAC katanya akan meneruskan prosiding dengan memanggil Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz esok.

Manakala Menteri Kesihatan Dr Adham Baba dan Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah akan hadir untuk memberi keterangan berhubung prosiding sama, katanya. – 27 Julai, 2021.  


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen