MAHARAJA Naruhito menyambut ketibaan beberapa pemimpin dunia dan isteri Presiden Amerika Syarikat, Jill Biden di Istana Imperial di Tokyo menjelang pembukaan temasya Olimpik dan Paralimpik Tokyo, lapor Sputnik memetik Agensi Berita Kyodo pada Jumaat.
Baginda bakal menyampaikan ucapan pada upacara perasmian pada Jumaat, yang dijangka dihadiri 950 tetamu termasuk Presiden Perancis Emmanuel Macron.
Olimpik Tokyo awalnya dijadual berlangsung pada 2020, ditunda selama setahun berikutan pandemik Covid-19.
Ia dijadual berlangsung hingga 8 Ogos dengan protokol kesihatan yang ketat termasuk larangan kehadiran penonton di hampir semua gelanggang Olimpik. – Bernama, 23 Julai, 2021.
Komen