Bimbang dianggap rasis, Nestle tukar nama biskut 


Nestle mengambil inisiatif menukar nama biskut coklat, 'Negrita' yang bermaksud 'orang kulit hitam kecil' kepada 'Chokita' bagi menghormati budaya Chile. – Gambar EPA, 22 Julai, 2021.

NESTLE pada Rabu berkata akan menukar nama biskut coklat yang popular di Chile kerana bimbang ia mungkin tidak sesuai dengan budaya negara itu.

Pada masa depan, “Negrita” yang dijual di Chile selama 60 tahun akan dikenali sebagai “Chokita,” umum syarikat makanan multinasional itu seiring dengan budaya menghormati dan tiada diskriminasi.

“Negrita” adalah biskut vanila yang disaluti coklat yang jika diterjemahkan membawa maksud “orang kulit hitam kecil” - versi lelaki “Negrito”, yang menyebabkan bintang bola sepak Uruguay Edison Cavani didenda kerana bersikap perkauman baru-baru ini walaupun terdapat bantahan daripada bintang itu serta pihak berkuasa bahasa Sepanyol.

Istilah “negrito” atau “negrita”, seperti “gordo” (gemuk) atau versi wanita “gorda”, banyak digunakan di beberapa negara Amerika Latin, juga terhadap orang yang bukan berkulit hitam atau berlebihan berat badan.

Nestle berkata ia memutuskan perubahan nama selepas desakan “bagi mengenal pasti konsep yang mungkin dianggap tidak sesuai, berdasarkan peningkatan kesedaran jenama dan bahasa visual mereka mengenai penggunaan stereotaip atau mewakili budaya.”

Tidak seperti versi sebelum ini, bungkusan “Negrito” tidak lagi menampilkan wajah wanita kulit hitam.

Seorang model yang muncul dalam iklan biskut itu pada 1990-an berkata terpaksa menggelapkan kulitnya untuk kempen publisiti.

Nestle berkata nama baharu merujuk kepada biskut coklat itu dan penggunaan akhiran “ita” dalam bahasa Sepanyol menggambarkan suka. – AFP, 22 Julai, 2021.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen