Seorang pekerja Nestle Malaysia positif Covid-19


NESTLE Malaysia memaklumkan seorang pekerjanya disahkan positif Covid-19.

Menurut syarikat itu dalam satu kenyataan semalam, pekerja berkenaan berada dalam keadaan baik dan kini sedang menjalani rawatan.

“Sebaik sahaja kami mengetahui perkembangan ini, kami terus melaporkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia untuk tindakan selanjutnya. Kawasan kerja telah dikosongkan dengan selamat dan kini kami meneruskan kerja pembasmian kuman serta melakukan sanitasi lengkap kawasan berkenaan.

“Kami juga telah memulakan pengesanan kontak terperinci, dan sesiapa yang mungkin berhubung langsung dengan pekerja yang dikuarantin itu diminta menjalani protokol saringan seperti yang ditetapkan oleh kerajaan,” menurutnya. – Bernama, 25 Mac, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen