Kes varian Delta di Sarawak meningkat kepada 76 orang


Desmond Davidson

Kes varian Delta terbaharu dikesan dalam sampel daripada kluster Sentosa2 dan Pagar Satok di Kuching. – Gambar fail The Malaysian Insight, 21 Julai 2021.

BILANGAN pesakit Covid-19 yang disebabkan oleh varian Delta meningkat kepada 76 di Sarawak selepas ia dikesan dalam dua kluster aktif, kata jawatankuasa pengurusan bencana negeri hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Timbalan Ketua Menteri Douglas Uggah berkata varian Delta (B.1.167.2) dikesan dalam sampel daripada kluster Sentosa2 dan Pagar Satok di Kuching.

Jumlah kes yang melibatkan strain hanya 17 pada 4 Julai dan dalam masa kurang dua minggu, 59 kes baharu dikesan.

Kluster Sentosa2 adalah wabak di kalangan pekerja kesihatan, pekerja kontrak, pesakit dan pelawat di hospital Sentosa di Kota Sentosa sementara kluster Pagar Satok adalah wabak di kalangan tahanan di lokap balai polis Satok.

Sehingga semalam, jumlah kes positif dalam kluster Sentosa2 adalah 129 dan 24 bagi kluster Pagar Satok.

Apabila jabatan kesihatan negeri mengisytiharkan kluster Sentosa2 pada 14 Julai, jumlah kes yang dikesan adalah 52. Semalam, jumlahnya meningkat kepada 129 orang.

Bagi kluster Pagar Satok, 11 daripadanya adalah warga asing.

Uggah berkata sebahagian besar kes Delta baharu - 52 - dikesan di Kuching, dengan variannya juga dikesan di daerah Serian (11 kes), Samarahan (3), Sri Aman (5) dan masing-masing satu di daerah Sibu, Miri dan Betong .

Varian Delta pertama kali dikesan di negeri ini pada 18 Jun tetapi pihak berkuasa tidak mengumumkannya hingga 8 Julai.

Seorang lelaki berusia 56 tahun dari Kuching, yang kembali ke Sarawak dari sebuah negeri di negara ini, “mengimport” varian tersebut. – 21 Julai, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen