Gempa 6.1 landa Sulawesi, Indonesia


GEMPA bumi berukuran 6.1 melanda pesisir Kepulauan Sulawesi, Indonesia pada Sabtu, menurut Tinjauan Geologikal AS, tetapi tiada amaran tsunami dikeluarkan dan tidak ada laporan kerosakan besar.

Gempa itu berlaku di 258 kilometer dari utara bandar Manado, di Utara Sulawesi dengan kedalaman pusat gempa 68 kilometer.

Indonesia kerap mengalami gempa bumi disebabkan kedudukannya di “Lingkaran Api’ Pasifik bermula dari Jepun merentasi Asia Tenggara dan melintasi Lautan Pasifik yang aktif dengan aktiviti seismik apabila plat tektonik bertembung antara satu sama lain.

Pada Januari, lebih 100 orang maut dan beribu orang hilang tempat tinggal apabila gempa 6.2 melanda Sulawesi, meruntuhkan bangunan dan merosakkan harta benda di Mamuju.

Gempa kuat yang melanda Lombok pada 2018 yang diikuti siri gempa susulan beberapa minggu selepas itu pula membunuh lebih 550 orang di Pulau Sumbawa.

Pada tahun sama, gempa 7.5 dan tsunami pula melanda Palu di Sulawesi menyebabkan 4,300 orang maut atau dilaporkan hilang. – AFP, 10 Julai, 2021.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen