Tanah runtuh di Indonesia ragut tiga nyawa, ramai lagi hilang


Gambar dikeluarkan pihak berkuasa Indonesia menunjukkan penyelamat mencari mangsa yang selamat setelah tanah runtuh yang mencetuskan hujan membunuh sekurang-kurangnya tiga orang di berhampiran loji janakuasa milik China di Batang Toru di Selatan Tapanuli, Sumatera Utara. – Gambar AFP, 30 April, 2021.

DUA kanak-kanak antara tiga disahkan maut akibat tanah runtuh di sebuah loji janakuasa China di pulau Sumatera Indonesia, kata pihak berkuasa pada Jumaat, bimbang jumlah korban akan meningkat.

Hujan lebat melanda kawasan itu di Sumatera Utara pada petang Khamis.

“Pagi ini kami temui tiga mangsa maut - seorang dewasa dan dua kanak-kanak,” kata Toto Mulyono, ketua agensi mencari dan menyelamat di Medan.

“Kami masih mencari sembilan lagi yang hilang.”

Di antara mereka adalah tiga kakitangan bekerja di kemudahan tenaga air Batang Toru, termasuk seorang warga China, dikhuatiri terkambus di bawah gunung lumpur dan serpihan.

Para pekerja sedang memeriksa kawasan itu kerana bimbang hujan lebat akan menyebabkan tanah runtuh apabila tiba-tiba bencana itu melanda, menurut Firman Taufick, jurucakap pengendali kilang PT North Sumatera Hydro Energy.

Seorang pekerja China lagi sempat lari menyelamatkan diri, tambah Taufick.

“Kami bekerjasama dengan pasukan penyelamat tentera dan polis sedang menutup kawasan itu sekarang,” katanya.

Tanah runtuh dan banjir kilat adalah perkara biasa di kepulauan Indonesia ketika musim hujan.

Bulan ini, lebih daripada 200 orang terbunuh di gugusan pulau-pulau timur laut dan Timor Timur ketika taufan Tropika Seroja melanda dan mengubah kawasanitu menjadi tanah lumpur dengan banyak pokok tercabut.

Seroja, salah satu ribut paling dahsyat melanda wilayah itu selama bertahun-tahun, memaksa ribuan orang melarikan diri ke tempat perlindungan.

Agensi bencana Indonesia menganggarkan 125 juta orang Indonesia - hampir separuh daripada populasi negara ini - tinggal di kawasan berisiko tanah runtuh.

Bencana sering disebabkan oleh penebangan hutan dan perancangan lemah, menurut pakar alam sekitar. – AFP, 30 April, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen