Undang-undang darurat terbatal selepas 6 bulan darurat tamat, kata peguam


Hailey Chung Wee Kye Aminah Farid

Yang di-Pertuan Agong memberi perkenan Proklamasi Darurat dilaksanakan di seluruh negara sebagai langkah proaktif untuk membendung gejala wabak Covid-19 sehingga 1 Ogos. – Gambar fail The Malaysian Insight, 1 Julai, 2021.

UNDANG-UNDANG yang dibuat sepanjang tempoh darurat akan berhenti dikuatkuasakan pada 1 Februari 2022 jika darurat ditamatkan pada 1 Ogos ini dan Parlimen tidak bersidang semula, kata seorang peguam Perlembagaan.

Peguam Andrew Khoo berkata Fasal 150 (7) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan sebarang ordinan yang dibuat berdasarkan Proklamasi Darurat hanya sah selama enam bulan selepas pengisytiharan darurat diumumkan.

Fasal 150 (7) menyatakan setiap undang-undang yang dibuat ketika pengisytiharan darurat berkuat kuasa akan terbatal “apabila habis tempoh enam bulan yang bermula dengan tarikh sesuatu Proklamasi Darurat terhenti berkuat kuasa.”

Ia kemudian harus mematuhi peraturan atau undang-undang darurat yang dibuat tanpa persetujuan Parlimen akan terhenti pada 1 Februari tahun hadapan. 

Antara undang-undang yang dibuat ketika darurat adalah kenaikan kompaun menjadi RM10,000 bagi pelanggaran prosedur operasi standard (SOP); kuasa untuk kerajaan memanfaatkan Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN); dan perbelanjaan kerajaan di luar Belanjawan dan tanpa pengawasan Parlimen.

Khoo juga menegaskan Fasal 150 (3) yang menyatakan Proklamasi Darurat dan sebarang ordinan yang dimasyhurkan di bawah Fasal (2B) hendaklah dibentangkan di hadapan kedua-dua Dewan Parlimen.

“Ia tidak secara spesifik menyebut tempoh waktu. Jadi anggapannya adalah ia akan dibuat dalam waktu yang wajar setelah Parlimen diizinkan buka semula,” kata Khoo ketika disoal apa yang akan terjadi pada undang-undang yang dibuat semasa darurat.

Peguam Lim Wei Jiet juga berkata segala ordinan itu tidak terpakai setelah darurat tamat.

“Ia hanya sah semasa darurat. Ini tidak kira sama ada Parlimen bersidang atau tidak.”

Bagaimanapun, peguam Tiara Katrina Fuad berkata ada dua pemikiran mengenai bila ordinan darurat akan berakhir.

Sebelah pihak yang setuju dengan tempoh darurat tamat pada Februari akan bergantung pada kata “hendaklah” dalam Fasal 150 (3), yang membayangkan tidak ada sebarang penundaan dalam membentang ordinan di hadapan Parlimen.

“Aliran pemikiran lain mungkin cenderung memberi tumpuan pada Fasal 150 (6) yang menyatakan setiap ordinan yang dikeluarkan sepanjang darurat boleh tidak konsisten dengan mana-mana ketentuan Perlembagaan.”

Tempoh tamat pada 1 Februari 2022 bagi undang-undang yang dibuat semasa darurat dikira bermula pada 1 Ogos 2021, tarikh Yang di-Pertuan Agong bertitah darurat akan ditamatkan. – 1 Julai, 2021.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen